KUALA LUMPUR: Kamera badan menjadi aset terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkemaskan tugas pasukan itu termasuk semasa cegah jenayah apabila digunakan mulai Oktober ini.
Sebanyak 7,648 unit kamera badan akan diterima secara berperingkat-peringkat mulai September tahun ini hingga Februari 2025.
Penerimaan itu adalah berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Perolehan telah dilaksanakan oleh Bahagian Perolehan KDN yang mana kontrak dianugerahkan kepada syarikat Mindwave Consultancy Sdn. Bhd. (Mindwave Consultancy).
Pembelian ini melibatkan alat-alat sokongan lain seperti sistem, peralatan sokongan dan latihan dengan kos keseluruhan sebanyak RM30 juta yang diluluskan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Ia bagi meningkatkan taraf profesional PDRM sesuai dengan era kepolisan moden.
Kamera badan telah lama digunakan anggota penguat kuasa di luar negara khususnya di barat bagi meningkatkan aspek penguatkuasaan dan integriti.
Polis Singapura misalnya telah menggunakan kamera badan sejak tahun 2015 mengikuti langkah polis Hong Kong.
Aset terbaharu ini akan ditempatkan di 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan 640 balai polis di seluruh kontinjen dan penggunaannya adalah secara berperingkat.
Keutamaan kamera badan adalah untuk penugasan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sebelum diperluaskan untuk penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
Penggunaan kamera badan ini menjadikan PDRM ke hadapan sebagai agensi tunggal keselamatan awam negara ini dalam penggunaan teknologi terkini.
Apabila digunakan, peranti ini juga akan menaikkan lagi imej PDRM dalam kalangan masyarakat kerana rakamannya boleh dijadikan bukti di mahkamah dalam sebarang kes jenayah.
Kamera badan anggota polis boleh digunakan sebagai bukti semasa di mahkamah termasuk bagi mengelakkan kes salah laku.
Ini termasuk kes membabitkan petugas difitnah ketika menguatkuasakan undang-undang.
Kamera badan ini boleh merekodkan pergerakan anggota atau pegawai di lokasi serta tidak mempunyai fungsi memadam rakaman.
Justeru, kamera badan akan disenaraikan sebagai pemakaian wajib pegawai atau anggota PDRM dalam penugasan.
Sehubungan itu, PDRM telah menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) penggunaan kamera badan dan sedang dikemas kini. - Dagang News
Dagang News
Thu Feb 01 2024
Polis Hong Kong menggunakan kamera badan semasa menjalankan rondaan. - Gambar hiasan/ Dagang News
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Jangan ambil mudah walaupun negara aman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Mindwave Consultancy bekal 7,648 kamera badan PDRM, kontrak RM30 juta tingkat imej
Kamera badan menjadi aset terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkemaskan tugas pasukan itu termasuk semasa cegah jenayah apabila digunakan mulai Oktober ini.
Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan
Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan pemakaian kamera badan kepada semua penguat kuasa PBT yang terlibat operasi, awal tahun hadapan.
Pemakaian kamera badan elak tohmahan jahat - Azam Baki
Pemakaian kamera badan elak tohmahan jahat - Azam Baki
Laporan kajian penggunaan kamera badan dijangka selesai September ini
Hasbi berkata, kementeriannya sedang memperhalusi penggunaan BWC demi memastikan kualiti perkhidmatan anggota penguat kuasa.
ISTAF akan perkenal kamera badan kepada pengadil
ISTAF buat julung kali akan memperkenalkan penggunaan kamera badan kepada pengadil bagi memastikan keputusan setiap pertandingan dibuat dengan telus.
Pembekalan kamera badan di peringkat akhir - Saifuddin
Penggunaan kamera badan bagi anggota dan petugas KDN penting dalam meningkatkan pelbagai aspek penugasan.
Penguat kuasa Jabatan Kesihatan KL, Putrajaya mula guna kamera badan
Anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengaplikasi penggunaan kamera badan dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau.
Kamera badan: Perkasa integriti, ketelusan anggota ketika berurusan - Acryl Sani
PDRM akan manfaatkan penggunaan kamera badan itu dalam usaha memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
KDN sedang dalam proses perolehan kamera badan untuk kegunaan polis
Kementerian Dalam Negeri sedang dalam proses perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota polis di lapangan.
Penggunaan kamera badan pantau aktiviti, keselamatan petugas KKM - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata penggunaan kamera itu akan memudahkan pemantauan aktiviti penguatkuasaan yang dilakukan oleh kakitangan KKM.